Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus Tiga Bulan

Diterbitkan: Sabtu, 4 November 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menghadiahkan khabar gembira kepada penjawat awam kerajaan negeri apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan pemberiah Insentif Khas Kewangan atau bonus tiga bulan ketika membentangkan Bajet Selangor 2018 pada Jumaat.

Azmin ketika mengumumkan berita gembira itu berkata, bonus berkenaan sebagainya tanda penghargaan kerajaan negeri kepada jasa dan komitmen penjawat awam yang menjalankan amanah sehingga membantu kejayaan pembangunan ekonomi Selangor.

"Dengan penuh syukur dan tawaduk, saya mengumumkan bahawa saya bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan tiada tiada taranya di mana-mana, apalagi di Putrajaya," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi menyifatkan Bajet 2018 Selangor yang dibentangkan lebih kepada ‘gula-gula’ kepada rakyat menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Beliau berkata Bajet 2018 Selangor ini langsung tidak menyentuh mengenai pendidikan percuma seperti Bajet Alternatif Malaysia 2018 yang dibentangkan minggu lalu.

“Pembangkang telah menjanjikan pendidikan percuma. Sangkaan bahawa kerajaan negeri akan menjadi negeri contoh dan yang pertama untuk melaksanakan pendidikan percuma tidak langsung terbayang dalam bajet yang diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Secara tidak langsung, ia membuktikan perkara ini adalah suatu imaginasi melampau yang sukar untuk dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Selain pendidikan percuma, Budiman turut menyentuh beberapa perkara berhubung Bajet 2018 Selangor seperti defisit dan juga rumah Felda.

Katanya, segala tohmahan kononnya bajet kerajaan Persekutuan bersifat gula-gula PRU14, akhirnya terpercik ke muka mereka sendiri. 

Tags / Kata Kunci: Selangor , bonus

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan