Harga Petrol, Diesel Naik 4 Sen - Berita Semasa | mStar

Harga Petrol, Diesel Naik 4 Sen

Diterbitkan: Rabu, 1 November 2017 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel naik sebanyak empat sen bermula tengah malam Rabu.

Bagi tempoh 2 November hingga 8 November depan, harga runcit petrol RON95 naik daripada RM2.20 ke RM2.24 seliter, manakala RON97 daripada RM2.50 ke RM2.54 seliter.

Harga runcit diesel pula naik daripada RM2.13 ke RM2.17.

Harga runcit mingguan bagi produk petroleum itu diumumkan secara rasmi di TV1 pada petang Rabu.

Mekanisme harga minyak secara mingguan berkuat kuasa sejak April tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.

Tags / Kata Kunci: petrol , diesel , KPDNKK
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan