Tan Sri Muhammad Ali Hashim Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 31 Oktober 2017 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang Selasa.

Beliau yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara pada usia 70 tahun kerana menghidap kanser.

Anak perempuannya, Alia Muhammad Ali mengesahkan perkara tersebut.

Salah seorang ahli keluarganya ketika dihubungi mStar Online berkata allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri dan anak-anaknya.

"Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak dua bulan lalu, dan akan dikebumikan pada malam ini," katanya.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan kemudian akan dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Isyak.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut merakamkan ucapan takziah bagi pihak kerajaan negeri kepada keluarga allahyarham.

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada negeri malah tanahair kerana beliau merupakan tokoh korporat dan usahawan Melayu kelahiran Johor yang berwibawa dan banyak berjasa.

"Keupayaan dan sumbangan Allahyarham tidak boleh dinafikan. Beliau telah menerajui JCrop selama lebih 28 tahun dan di bawah kepimpinannya, JCorp berjaya dibina hingga menjadi antara konglomerat utama negara," ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Mohamed Khaled, allahyarham banyak menyumbang bakti dalam pembangunan prinsip perniagaan Islam dan ia telah memberi impak positif yang cukup signifikan bagi memajukan prinsip tersebut, antaranya melalui instrumen Waqaf Korporat.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama orang yang dikasihiNya jua, amin.Al-fatihah".

Tags / Kata Kunci: Muhammad Ali Hashim

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan