Anggota Rela Didakwa Disogok 'Datuk Seri' Digesa Lapor SPRM

Diterbitkan: Selasa, 31 Oktober 2017 1:37 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang didakwa cuba disogok wang oleh lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang mengasari mereka perlu melaporkan hal itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata, ini bagi membolehkan SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka ditawarkan RM10,000 setiap seorang bagi menutup kes berkenaan

"Saya dimaklumkan perkara ini oleh Ketua Pengarah Rela. Kementerian Dalam Negeri mendukung (penuh) supaya siasatan rapi dilakukan PDRM dan SPRM terhadap dua kes berbeza untuk memberi pengajaran bahawa dalam seseorang itu menerima anugerah tinggi dalam usia agak rendah (muda), penerima harus tahu status sosial mereka.

"Jika hendak dihormati, mereka perlu menghormati orang lain sebelum memaksa orang lain hormati mereka," kata Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Kerangka Standard Bahasa Melayu 2017 di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai di sini, Selasa.

Dalam kejadian Jumaat lepas, tiga anggota Rela iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki bergelar 'Datuk Seri' itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Rela , SPRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan