Kak Wan Dakwa Suami Penyumbang Kejayaan AIM

Diterbitkan: Isnin, 30 Oktober 2017 6:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa suaminya turut menyumbang kepada kejayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), yang telah menghasilkan ramai usahawan cemerlang.

Ketua pembangkang itu juga mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah Wan Salleh yang dinamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2018, Jumaat lalu.

Ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada Isnin, Dr Wan Azizah berkata, suaminya yang ketika ini menjalani hukuman penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan AIM berdasarkan kertas cadangan penyelidikan yang dikemukakan Universiti Sains Malaysia pada 1987.

"Suka saya ingin ingatkan, segalanya bermula daripada hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia yang disokong oleh menteri pendidikan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Menerusi program ini ramai telah berjaya keluar daripada kelompok kemiskinan," katanya yang juga presiden PKR.

Usahawan wanita yang lebih mesra disapa Kak Zah itu mendapat perhatian ramai apabila Najib mengetahkan kejayaannya yang kini bergelar jutawan.

Wanita kelahiran Kelantan ini menjalankan perniagaan dengan modal permulaan daripada AIM.

Tags / Kata Kunci: Wan Azizah , AIM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan