Kaji Dasar Tamat Hayat Kenderaan - Tiong Lai - Berita Semasa | mStar

Kaji Dasar Tamat Hayat Kenderaan - Tiong Lai

Diterbitkan: Sabtu, 28 Oktober 2017 9:40 PM

Ketetapan dasar tersebut diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia kenderaan. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji kesesuaian mewujudkan dasar tamat hayat kenderaan yang akan menetapkan had usia kenderaan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata ketetapan itu diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan disebabkan faktor usia kenderaan, seperti kemalangan dua bas kilang berhampiran Plaza Tol Juru, Pulau Pinang pada 24 Okt lalu yang menyebabkan lapan maut.

Katanya, siasatan awal mendapati sebuah bas yang berhenti di tepi jalan akibat kerosakan dalam kemalangan itu telah berusia 32 tahun manakala sebuah lagi bas berusia melebihi 10 tahun.

"Walaupun siasatan awal mendapati kedua-dua bas itu lulus pemeriksaan Puspakom pada September lalu, namun kita tidak tahu jika kenderaan itu rosak selepas menjalani ujian, terutamanya bas yang usianya sudah terlalu lama.

"Sebab itu, kita melihat isu berkaitan usia kenderaan merupakan perkara besar dalam aspek keselamatan jalan raya dan perkara ini telah dipraktikkan di negara lain seperti Jepun dan Singapura atas sebab keselamatan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan