Tian Chua Keluar Penjara - Berita Semasa | mStar

Tian Chua Keluar Penjara

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu (PKR) Tian Chua dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama sebulan.

Tian Chua disambut penyokong sebaik beliau melangkah keluar dari Penjara Kajang kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Beliau dipenjarakan menarik balik rayuan terakhirnya berhubung sabitan itu di Mahkamah Rayuan pada 29 September lalu.

Ia berkaitan pertuduhan enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, sehari selepas perhimpunan Bersih 3 pada 2012.

Mahkamah menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000.

Tags / Kata Kunci: Tian Chua , PKR
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan