Hawk 108: Masalah Teknikal Rangka Sawat Punca Terhempas

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 1:16 PM

Kedudukan pesawat Hawk 108 dikesan berdekatan Kampung Yak Yah, Chukai kira-kira 10.27 pagi 16 Jun lalu.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Masalah teknikal berkaitan rangka sawat disahkan sebagai punca pesawat jenis Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lalu sehingga mengorbankan dua juruterbangnya.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pasukan siasatan khas yang ditubuhkan ekoran kejadian itu mengenal pasti masalah tersebut selepas memeriksa bangkai pesawat berkenaan.

"Pemeriksaan dan penambahbaikan dilakukan terhadap pesawat jenis Hawk 108 milik TUDM sebaik sahaja masalah itu diketahui seperti yang digariskan panduan prosedur operasi standard supaya kejadian serupa tidak berulang.

"Dua pesawat jenis Hawk 108 juga telah berjaya menjalani ujian percubaan dan berada dalam keadaan baik. Kita akan membuat penambahbaikan terhadap kesemua pesawat serupa secara berperingkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penganugerahan Sayap Penerbangan Kuartermaster Udara kepada 31 anggota TUDM dan dua angggota Pasukan Udara Tentera Darat di Pangkalan Udara Kuantan di sini, Jumaat.

Affendi juga mengesahkan bahawa penemuan terkini itu telah dimaklumkan kepada waris juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan pesawat tersebut ketika kejadian berlaku.

Mereka dilaporkan berlepas dari pangkalan itu pada 11 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan 30 minit kemudian dan mayat mereka ditemukan di kawasan hutan di Chukai sekitar 2.30 petang hari sama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata TUDM dijangka memindahkan pusat pemerintahan Markas Udara Satu di Sungai Besi Kuala Lumpur yang terlibat dalam projek Bandar Malaysia ke Kuantan pada awal tahun hadapan.

"Proses pemindahan akan bermula sebaik sahaja proses menaik taraf Pangkalan Udara Kuantan yang sedang berlangsung melibatkan pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan bangunan lama yang dirobohkan selesai.

"Antara yang terlibat ialah pembinaan kuarters kerana kita menjangkakan proses pemindahan ini akan membabitkan 200 pegawai dan anggota daripada markas yang terlibat," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hawk 108 , TUDM

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan