Biru Iringi 'Ibu Segala Bajet' - Berita Semasa | mStar

Biru Iringi 'Ibu Segala Bajet'

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 6:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Warna pilihan baju Melayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menepati ramalan netizen yang membuat undian menerusi laman Instagram rasmi mStar Online pada Rabu.

Najib yang juga Menteri Kewangan tiba di bangunan Parlimen pada pukul 3.10 petang Jumaat dengan persalinan baju Melayu rona biru bagi sesi pembentangan Bajet 2018.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna Apa Pilihan PM?


Ahmad Zahid  dengan warna sedondon dengan Najib ketika pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat.

Selain Najib, turut memakai baju Melayu rona sama ialah timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum mengakhiri ucapan belanjawan tersebut, Najib sempat melemparkan kata-kata pujian kepada Ahmad Zahid kerana sentiasa berada di belakangnya.

"Saya bertuah kerana bukan sekadar mempunyai seorang timbalan perdana menteri, tapi dia lebih daripada itu, seorang sahabat yang setia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Selain dua pemimpin tersebut, ahli parlimen Barisan Nasional lain turut dilihat mengenakan warna baju yang sedondon dengan Perdana Menteri itu pada tahun ini.

Paparan skrin undian warna baju Perdana Menteri yang dimuat naik di laman Istagram rasmi  mStar Online pada Rabu .

Terdahulu, mStar Online pada Rabu memuat naik tentang teka-teki warna baju  yang akan dipakai oleh Perdana Menteri pada sesi pembentangan bajet yang ditunggu-tunggu setiap tahun oleh seluruh rakyat di negara ini.

Kehangatan pembentangan Bajet 2018 bukan sekadar tertumpu kepada manfaat yang akan diterima rakyat, namun mereka turut tertarik untuk mengetahui warna baju Melayu yang akan dipakai oleh beliau.

Menerusi status bergambar yang dimuat naik itu, rata-rata netizen mencadangkan agar Najib mengenakan baju Melayu biru atau merah ketika mengumumkan pembentangan bajet kali ini.

Selain itu, menyentuh mengenai intipati bajet kali ini, Menteri Kewangan menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkannya sebagai 'ibu segala bajet' kerana ia mencipta sejarah sebagai belanjawan paling inklusif.

“Semuanya, tidak lain dan tidak bukan telah dikarang dan disusun dalam memenuhi tuntutan dhoruriyyat, haajiyat dan tahsiniyat, demi mensejahterakan kehidupan rakyat, sekali gus memakmurkan negara.

“Maka, Tuan Yang Dipertua serta seluruh rakyat Malaysia, pada hemah saya, selaku perdana menteri dan menteri kewangan, inilah belanjawan yang tidak pernah diperucapkan semenjak saya ambil alih tampuk kepimpinan negara ini kerana ia bersifat holistik dan sarat dengan falsafah.

“Dan secara peribadinya boleh ditanda sejarah menjadi ibu segala bajet,” katanya yang juga perdana menteri.


Tags / Kata Kunci: Bajet 2018
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan