Diskaun Bayar Balik PTPTN Hingga Disember 2018

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 6:01 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa insentif dirangka kerajaan sehingga Disember 2018 dalam usaha untuk menggalakkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, diskaun 20 peratus akan diberikan kepada mereka yang membayar penuh pinjaman.

Selain itu, diskaun 10 peratus pula akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan 50 peratus jumlah pinjaman.

Tambahnya lagi, diskaun 10 peratus juga akan diberikan kepada mereka yang membuat pembayaran melalui potongan gaji ataupun direct debit mengikut jadual.

"Untuk PTPTN, saya harap semua faham bahawa hutang adalah hutang dan mesti dilunaskan.

"Saya harap ia tidak dipolitikkan dan peminjam membayar semula kerana generasi akan datang juga memerlukan duit untuk membuat pinjaman," katanya sewaktu pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat.

Najib turut mengumumkan RM200 juta telah disalurkan kepada pelajar dari kumpulan B40 yang menyambung pelajaran dalam kursus yang mendapat permintaan tinggi.

Katanya, tempoh pembayaran semula yang sebelum ini hanya enam bulan setelah tamat pengajian jugga telah dilanjutkan tempohnya kepada 12 bulan.

Dalam pada itu, mereka yang mahu menyambung pelajaran misalnya daripada peringkat diploma ke ijazah boleh menghimpun dua pinjaman berasingan dan hanya perlu membayar setelah tamatnya pengajian di peringkat ijazah.


Tags / Kata Kunci: PTPTN , Bajet 2018

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan