Gangguan Bekalan Air Bermula 9 Malam Ini - Berita Semasa | mStar

Gangguan Bekalan Air Bermula 9 Malam Ini

Diterbitkan: Khamis, 26 Oktober 2017 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air sementara dari 9 malam Khamis hingga 6 pagi pada 28 Oktober.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), gangguan air itu adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan kecemasan pada kebocoran paip utama 1,850 milimeter (mm) di Jalan Teratai, Off Jalan Meru di Klang.

Bekalan air akan pulih secara berperingkat dalam masa 24 jam selepas kerja-kerja pembaikan selesai.

"Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi sebelum permulaan kerja-kerja pembaikan dan menggunakan air secara berhemah," kata dalam kenyataan itu.

Bekalan air bantuan akan dihantar oleh kapal tangki air ke kawasan yang terjejas.

Antara kawasan yang terlibat adalah Rantau Panjang, Bandar Botanik, Telok Kapas, Ambang Botanik. Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2, 3; Bayu Emas, Pelabuhan Utara dan Bandar Parklands.

Selain itu, kawasan yang turut terjejas adalah Tanjung Harapan, Glenmarie Cove, kawasan industri Sultan Mohamed dan Sungai Puloh, Bandar Puteri, Bandar Puteri 2, Sungai Sireh, dan Taman Bayu Perdana, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2 serta Taman Sentosa.

Pengguna boleh meminta bantuan bekalan air dengan menghantar khidmat pesanan ringkas ke 15300 dengan menyertakan nama alamat tangki.

Maklumat lanjut mengenai perkara tersebut boleh didapati di laman web www.syabas.com.my atau menerusi aplikasi telefon bimbit mySyabas.

Tags / Kata Kunci: Syabas , gangguan bekalan air
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan