“Bayar Murah, Tak Kan Nak Jemput Naik BMW?”

Diterbitkan: Khamis, 26 Oktober 2017 11:11 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluh tidak selesa menaiki sebuah kereta yang ditempah menerusi perkhidmatan e-hailing, Grab, seorang lelaki dikecam netizen terutama oleh pemandu yang menggunakan aplikasi itu.

Menerusi akaun Twitter @ariffshah pada Selasa, lelaki tersebut memberitahu dia menggunakan perkhidmatan Grab untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Bagaimanapun, dia berpandangan kereta milik pemandu Grab itu tidak selesa dan mencadangkan supaya pengendali perkhidmatan tersebut menyesuaikan kadar tambang mengikut jenis dan keadaan kereta terutama bagi destinasi ke KLIA. 

“Tak adil kadar (tambang) sama bila anda boleh dapat kereta yang lebih baik,” katanya di Twitter, sehingga posting itu tular di media sosial.

Keluhan seorang pengguna perkhidmatan e'-hailing' di Twitter.

Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa pemuda berkenaan tidak membuat pilihan kereta yang lebih 'selesa' menerusi GrabCar Premium yang menyediakan kereta bersaiz lebih besar.

“Pelik nak murah dan selesa kereta besar. Kalau berani bayar premium,” kata seorang netizen.

Malah ada yang menyifatkan adalah lebih baik untuk dia menaiki kereta kompak sedan buatan tempatan itu berbanding terlepas penerbangan.

“Selama aku naik grab, semua selesa. Aku tak ada pula nak mengadu. Demand lah dia ni,” kata seorang netizen yang sering menggunakan perkhidmatan ‘e-hailing’ itu.

Tidak terkecuali ada yang menyindir lelaki tersebut yang dikatakan mahu menaiki kereta yang lebih baik menerusi pilihan kadar lebih ekonomi.

“Harga nak murah, tak kan nak jemput naik BMW,” kata seorang netizen.

Antara komen netizen terhadap pengguna Grab berkenaan.

Dia turut dinasihatkan supaya membatalkan tempahan dengan membuat tempahan baharu kerana aplikasi tersebut memaklumkan jenis kereta pemandu Grab lebih awal.

“Bukan susah pun, tempah saja GrabCar Premium atau Uber Black (satu lagi perkhidmatan e-hailing), anda akan mendapat apa yang anda bayar, hanya perlu jadi lebih bijak saja,” kata seorang netizen.

Menerusi semakan di laman sosial, lelaki yang bernama Ariff Shah pernah menulis artikel di blognya mengenai perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Grab kerana ia lebih mudah dengan kadar lebih murah.

Maklum balas Grab berhubung keluhan Ariff Shah di Twitter.

Dalam pada itu, Ariff turut memberitahu di Twitter bahawa dia boleh membayar lebih sekiranya terdapat pilihan untuk kereta yang lebih baik bagi laluan ke KLIA.

Keluhan dan cadangan Ariff itu mendapat respons daripada Grab sendiri, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan tersebut.

“Hai Ariff, kadar ditetapkan untuk GrabCar Economy tanpa mengira model kereta dalam kategori itu.

“Jika anda mahu kereta yang lebih besar, anda boleh membuat tempahan menerusi GrabCar Premium atau pilihan enam tempat duduk,” menurut syarikat itu dalam kenyataan balas di Twitter.

Tags / Kata Kunci: Grab

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan