Netizen Akui Tanggung Beban Caj Pentadbiran PTPTN

Diterbitkan: Rabu, 25 Oktober 2017 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cadangan pemansuhan yuran pentadbiran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk dibentangkan pada Bajet 2018 disambut baik dalam kalangan netizen.

Yuran pentadbiran sebanyak satu hingga tiga peratus itu dianggap membebankan graduan yang semakin dihimpit dengan kos sara hidup yang meningkat.

Rata-rata netizen bersependapat bahawa caj tersebut membebankan kerana menelan sehingga ribuan ringgit.

Seorang pengguna Facebook, 'Fby Yoe' berkata: "Yup betul... yuran atau caj pentadbiran inilah yang membebankan peminjam."

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Khalid Al Zanjie pula berkata, dia menyokong cadangan tersebut memandangkan peluang pekerjaan juga terhad.

"Sokong. Kos pentadbiran hingga belas ribu. Diploma dan ijazah... kos pentadbiran RM12,000. Pekerjaan terhad," tulisnya di ruang komen.

Pada pembentangan bajet tahun lalu, kerajaan telah  memberikan insentif berbentuk diskaun sehingga 15 peratus kepada peminjam pembiayaan PTPTN bagi menggalakkan golongan itu membuat bayaran balik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, insentif tersebut berkuat kuasa pada 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

Dalam pada itu, Najib baru-baru ini menegaskan bahawa Bajet 2018 bukan bersifat populis kerana akan terus menumpukan aspek kesejahteraan rakyat serta keperluan pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut beliau, sektor-sektor tertentu yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, Pendapatan Negara Kasar dan kesejahteraan rakyat akan diberi keutamaan dalam bajet berkenaan.

Tags / Kata Kunci: PTPTN

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan