Ceroboh AGR: Yusuf Azmi Bakal Didakwa - Berita Semasa | mStar

Ceroboh AGR: Yusuf Azmi Bakal Didakwa

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 11:11 PM

Yusuf Azmi akan hadir ke IPD Kajang pada pagi Selasa. -foto Facebook Yusuf Azmi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada Selasa kerana menceroboh syarikat pajakan kenderaan pada Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof yang mengesahkan perkara itu berkata, Yusuf dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada ‪pukul 8‬ pagi Selasa.

“Sehingga kini tiada tangkapan, tapi esok dia akan ke balai Kajang dan kemudian dibawa ke mahkamah untuk tuduhan,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Isnin malam.

Sementara itu Yusuf yang juga Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM ketika dihubungi mengakui maklum berhubung perkembangan itu.

"Polis arahkan saya hadir ke IPD Kajang esok pagi, sebelum dibawa ke mahkamah untuk dituduh," katanya.

Difahamkan Yusuf akan dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum ini sudah merakam kenyataan Yusuf berhubung insiden berkenaan.

‪Pada 10 Julai lalu Yusuf mengetuai sekumpulan individu menyerbu pusat penyimpanan kenderaan milik Syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) di Jalan Sungai Sikamat, Kajang.‬

Kumpulan berkenaan mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan itu dan buntu selepas menerima notis hutang daripada pihak bank.

Tags / Kata Kunci: Yusuf Azmi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan