Jajaran SDL Dibuka Tengah Malam Ini

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 12:20 PM

Majlis pelancaran Jajaran Sri Damansara Link.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jajaran Sri Damansara Link (SDL) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) Fasa Dua akan dibuka kepada umum mulai 12 malam Selasa (24 Oktober).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jajaran sepanjang 7.4 kilometer itu dijangka menyelesaikan masalah kesesakan di sekitar ibu kota terutama  kawasan Jalan Segambut, Jalan Kuching, Rawang dan Kepong.

"SDL juga akan menambah baik sistem penyuraian trafik sekitar Jalan Lang Emas, Jalan Taman Bukit Maluri, Kepong dan Penchala selain menjimatkan masa kira-kira 10 minit, " katanya ketika merasmikan jajaran tersebut di sini, Isnin.

Fadillah berkata dianggarkan 30,000 pengguna akan menggunakan jajaran itu setiap hari.

Jajaran SDL menghubungkan Persimpangan Bertingkat Manjalara  menghala ke Timur untuk berhubung dengan Persimpangan Bertingkat Segambut di Jalan Segambut. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Sri Damansara Link

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan