PDRM Jalani Lima Fasa Persediaan Hadapi PRU14

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 9:48 PM

Zulkifli (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah tugas Amar Singh (kiri) kepada Mazlan Lazim (kanan) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalani lima fasa persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata latihan itu merangkumi situasi ketika penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Beliau berkata latihan dijangka akan bermula bulan depan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah dan negeri secara serentak.

"Walaupun kerajaan belum membuat pengumuman tarikh rasmi PRU, kami akan terus meningkatkan persediaan supaya PDRM berada di tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

"Maka ia adalah perkara penting untuk membuat latihan termasuklah latihan ketenteraman awam sebelum dan selepas PRU," katanya selepas hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Pada 9 Oktober lepas, seramai 60,000 pegawai dan anggota PDRM selesai menjalani latihan persediaan bagi menghadapi PRU14.

Datuk Mazlan Lazim dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa pada Isnin menggantikan Datuk Amar Singh Ishar Singh yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Mazlan sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur manakala jawatan lamanya itu, kini diambil alih oleh Datuk Zainuddin Yaacop.

Mengulas mengenai pelantikannya, Mazlan berkata beliau bertekad menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya yang selamat daripada jenayah ragut, pengedaran dadah, perjudian, pelacuran dan lain-lain lagi.

Beliau berkata untuk peringkat permulaan, pihaknya akan merangka perancangan dan membuat operasi bersepadu bagi menangani jenayah berkenaan. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: PDRM , PRU14

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan