KJ Mengamuk Di Instagram?

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin 'mengamuk' di Instagram apabila ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempromosi produk menambah ketinggian di ruangan komen pada gambar yang beliau muat naik.

Khairy memuat naik gambar sebuah gunung dengan kapsyen 'For whom these bells toll' tiga hari lalu dan mendapat kira-kira 21,137 like di kalangan pengikutnya.

Malah ramai turut memuji keindahan gambar yang dimuat naik itu.

Namun ada perkara yang menarik tumpuan pengikutnya apabila Ahli Parlimen Rembau itu mengecam tindakan peniaga secara dalam talian yang mempromosi produk itu di ruangan komen gambar tersebut.

"Please don't promote your fake s*** on my Instagram. Tak ada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa," tulisnya dalam ruangan komen tersebut.

Komen pedas Khairy pada peniaga produk ketinggian yang menjual produk di ruangan komen Instagramnya.

Pada masa sama, Khairy mengancam untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan mengenai produk jualan tersebut.

"It's a con job and I am going to report you to Kementerian Kesihatan," katanya.

Khairy turut menegaskan peniaga dalam talian itu tersalah pilih pelanggan untuk produk jualannya.

"Plus you salah pilih oranglah. I'm 182cm tall. Almost 6ft," katanya.

Terdahulu, peniaga tersebut yang menggunakan akaun Instagram product_sihat.my dilihat cuba menjual produknya menerusi kaedah promosi menerusi ruangan komen laman media sosial ahli politik tersebut sebagaimana pernah dilakukan peniaga lain.

"Nak tinggi ke ? Jom tengok insta kitaorang dan Whatsapp : +60164362430 atau wechat: product_sihat. PROMO DISCOUNT nak tunggu ape lagi ? JOMM," tulisnya.

Komen berani Khairy itu bagaimanapun mendapat sokongan dan pujian di kalangan netizen.

Seorang pengguna Instagram @annnadzir berkata,"@product_sihat.my kan dh mendapat !..hello ini tall dark and handsome le.

"@mhd.azim berkata,"@product_sihat.my... HAHAHAAHAHH KAN DAH MENDAPAT!!.. Anyway im 13 and 170cm tall."

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Instagram

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan