“Tengoklah Sekarang Apa Dah Jadi” - Adun DAP

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 8:38 AM

Pemandangan dari helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat sekitar kawasan tapak pembinaan di mana 11 pekerja dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada pagi Sabtu. - Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketika negara digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah yang meragut tiga nyawa pekerja dan 11 lain yang belum diketahui nasib mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, Teh Yee Cheu berkata, masih ada 10 projek pembangunan yang sedang dijalankan.

Namun, rayuannya untuk menyelamatkan kawasan bukit di negeri itu sering diabaikan.

Artikel Berkaitan: Tragedi Tanah Runtuh: Sebelas Lagi Mangsa Masih Dicari

Sebahagian projek akan dibina berhampiran lereng bukit dan lebih banyak lagi pembinaan di sepanjang pantai sedang dirancang.

Kata Yee Cheu, beberapa projek yang dicadangkan tersebut adalah antara 50 hingga 60 tingkat.

Yee Cheu. 

"Saya menentang setiap pembinaan itu. Saya selalu menggunakan kata-kata 'saya membantah sekeras-kerasnya' dan beberapa ahli majlis bandaraya mentertawakan saya lalu berkata 'menyokong sepenuhya'.

"Tengoklah sekarang apa yang dah jadi," katanya kepada The Star.

Beliau menujukan kenyataan tersebut kepada pusat sehenti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertanggungjawab meluluskan pelan pembangunan hartanah di pulau itu.

Yee Cheu yang bergegas ke lokasi kejadian tanah runtuh sejurus kejadian yang berlaku sekitar pukul 8.30 pagi Sabtu itu tidak berselindung tentang perasaan kesalnya terhadap projek-projek pembangunan di kawasan itu.

"Tidak semua permohonan pembangunan itu sudah mendapat kelulusan.

"Tetapi selepas pilihan raya umum, saya menjangkakan kelulusan akan meningkat," katanya.

Tanjung Bungah merupakan antara kawasan perumahan di pulau itu yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.

Tags / Kata Kunci: Tanjung Bungah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan