Tanah Runtuh: Mayat Kelapan Ditemui - Berita Semasa | mStar

Tanah Runtuh: Mayat Kelapan Ditemui

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui satu lagi mayat mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak binaan Tanjung Bungah di sini.

Penolong Ketua Pengarah (operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Edwin Galan Teruki berkata, pasukan SAR menemui mangsa kelapan kira-kira pukul 3.27 petang Ahad.

"Mayat itu dijumpai tidak jauh dari lokasi mayat ketujuh.

"Mayatnya dikelilingi cerucuk besi, jadi saya beranggapan akan mengambil masa untuk mengeluarkannya," katanya.

Edwin berkata, identiti mangsa kelapan yang terkorban masih belum dikenal pasti.

Pada masa ini, pasukan SAR telah mengesahkan identiti tujuh mangsa, iaitu Yunus Nazir Huson (Myanmar), Hossen Mia (Bangladesh), Muhammad Elyas Mustak (Myanmar), Hosrin (Indonesia), Erwin (Indonesia), Rahmatullah Mohd Sidiq (Myanmar) dan Md Nur Alam (Bangladesh).

Gearsudin Sadul Haq dari Myanmar, Mohamad Josim Rahman dari Bangladesh dan seorang lagi lelaki yang belum dikenal pasti identitinya berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian dengan kecederaan ringan.

Tags / Kata Kunci: Tanjung Bungah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan