Tragedi Tanah Runtuh: Mangsa Ketujuh Ditemukan

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 11:33 AM

Antara pasukan menyelamat dan mencari yang terlibat.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mayat mangsa ketujuh yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah di sini pada Sabtu ditemukan kira-kira pukul 9.56 pagi Ahad.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mengesahkan berita itu melalui pesanan pada aplikasi WhatsApp memberitahu bahawa mangsa ketujuh ditemukan dan hanya tinggal empat lagi masih tertimbus.

Artikel Berkaitan: “Tengoklah Sekarang Apa Dah Jadi” - Adun DAP

Bagaimanapun, pesanan itu tidak mengenal pasti identiti mangsa.

Lebih 220 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Pertahanan Awam, Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana Malaysia (Smart) Putrajaya, Rela dan pasukan perubatan terlibat dalam pencarian empat lagi mangsa terbabit.

Terdahulu, mStar Online melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, Teh Yee Cheu berkata, masih ada 10 projek pembangunan yang sedang dijalankan ketika kejadian tanah runtuh tersebut berlaku.

Namun, rayuannya untuk menyelamatkan kawasan bukit di negeri itu sering diabaikan.

Tags / Kata Kunci: Tanjung Bungah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan