Tragedi Tanah Runtuh: Penyelia Tapak Baru Dipindahkan

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 9:06 AM

Kuok Wern (kiri) baru dipindahkan pada dua minggu lalu ke tapak pembinaan yang mengalami kejadian tanah runtuh.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyelia tapak pembinaan, Yuan Kuok Wern (gambar) yang merupakan antara mereka yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bunga didakwa dipindahkan ke tapak pembinaan berkenaan sejak dua minggu lalu.

Penyelianya yang hanya ingin dikenali sebagai Thoe berkata,  Kuok Wern, 27, menjadi rakan sepasukan yang baik sejak menyertai syarikat kontraktor projek pembinaan, Choong Construction.

Artikel Berkaitan: “Tengoklah Sekarang Apa Dah Jadi” - Adun DAP

Tragedi Tanah Runtuh: Sebelas Lagi Mangsa Masih Dicari

"Beberapa pekerja kami berada di tapak pembinaan itu pada waktu pagi, tetapi dia adalah satu-satunya pekerja yang berada di kawasan yang terjejas ketika kejadian tanah runtuh itu berlaku.

"Saya masih berharap keajaiban berlaku," kata Thoe.

Anggota keluarga Yuen juga bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar berita tersebut.

"Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain menunggu," kata seorang saudara perempuan mangsa.

Pekerja tapak pembinaan yang terselamat berada di lokasi kejadian bagi melihat kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Pada posting Instagram terakhirnya iaitu pada 6 Oktober, Yuan memuat naik gambar tapak pembinaan tempat kerja baharunya.

Seorang pelayan, Muhd ​​Firdaus Abdullah, 18, berkata, dia bimbang tentang nasib ayah tirinya, Ali Raza, 26.

"Dia seorang yang penyayang dan sentiasa memberi saya kata-kata dorongan serta bantuan kewangan.

"Saya harap dia selamat," katanya.

Sementara itu, ahli Tzu Chi Buddha Taiwan juga mengunjungi tapak pembinaan tersebut untuk menawarkan bantuan daripada segi kata-kata semangat dan makanan kepada keluarga mangsa serta mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.

Manakala, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan kesedihannya mengenai tanah runtuh itu.

"Sedih dengan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah. Moga misi mencari dan menyelamat berjalan lancar, sama-sama kita doakan," kata Najib di akaun Twitter rasminya.

Tags / Kata Kunci: Tanjung Bungah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan