Pelantikan Kapten Izham Teraju MAS Disambut Baik

Diterbitkan: Ahad, 22 Oktober 2017 4:25 PM

Kapten Izham Ismail

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd sekali lagi memperoleh peneraju baharu yang akan membantu mengemudi syarikat penerbangan itu meraih keuntungan dengan pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) baharunya.

Kapten Izham, yang ketika ini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), akan mengambil alih jawatan GCEO pada 1 Disember depan daripada Peter Bellew, yang kini dalam cuti pentadbiran sebelum beliau kembali  berkhidmat dengan syarikat penerbangan tambang rendah Ireland, Ryanair.

Pengasas firma perundingan penerbangan Endau Analytics Shukor Yusof berkata kepada Bernama bahawa masa depan Malaysia Airlines akan sekali lagi menjadi tidak menentu selepas pengunduran Bellew dan satu-satunya perkara yang benar-benar pasti bagi syarikat penerbangan itu adalah serahan lapan pesawat  Boeing Dreamliners, enam pesawat Airbus A350s dan enam pesawat A330-200s.

Apabila ditanya apakah tugas pertama yang perlu ditumpukan oleh CEO baharu itu, beliau berkata: "Masih terlalu awal untuk menyatakan apakah yang perlu dilakukan oleh CEO seterusnya kerana CEO berbeza akan mempunyai gaya yang berbeza."

Semasa perkhidmatannya, Bellew menumpukan kebanyakannya kepada mengawal kos, tambang penerbangan yang kompetitif dan memaksimumkan faktor muatan, bagaimanapun, Shukor berpendapat faktor muatan tidak bermakna sekiranya tidak membawa hasil positif.

Bellew dilantik menerajui syarikat penerbangan nasional itu pada 1 Julai 2016, mengambil alih jawatan daripada Christoph Mueller, yang melepaskan jawatan dua tahun sebelum kontraknya berakhir selepas memberhentikan 6,000 pekerja Malaysia Airlines dalam usahanya untuk menyusun semula kewangan syarikat penerbangan itu.

Pelantikan Izham itu akan menjadi pelantikan GCEO ketiga syarikat penerbangan tersebut dalam masa tiga tahun.

Shukor berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang tidak cekap dalam syarikat penerbangan itu sekiranya pengurusan baharu mahu memulihkan semula syarikat.

Beliau juga berkata syarikat penerbangan itu perlu diuruskan sebagai sebuah perniagaan dan perlu dilepaskan daripada Khazanah Nasional Bhd.

Sementara itu, seorang pekerja syarikat penerbangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, menyambut baik pelantikan tersebut dan memuji keputusan yang diambil oleh Lembaga pengarah Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airlines.

"Ia adalah keputusan yang betul. Izham sememangnya benar-benar seorang pemimpin,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Izham, yang memiliki pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbangan mempunyai masa depan cerah untuk memulihkan MAG dan MAB, dan seterusnya membawa syarikat itu meraih semula keuntungan.

"Saya percaya beliau mengetahui banyak selok-belok dalam Malaysia Airlines sejak dulu lagi. Kapten Izham seorang yang sangat merendah diri bila bercakap, lemah lembut, serta senang  didekati.

"Saya masih baharu dalam syarikat penerbangan ini tetapi selepas bertemu beliau, beliau bertanyakan kepada saya apa yang kami boleh lakukan bagi masa depan yang lebih baik. Dari situ kita boleh lihat beliau benar-benar mahu sesuatu yang lebih baik bagi  masa depan," katanya. -Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan