Rugi Kalau Tak Singgah

Diterbitkan: Sabtu, 21 Oktober 2017 11:13 AM

Lukisan interaktif dilukis memberikan suasana santai. - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Jika melancong ke daerah ini jangan lepaskan peluang untuk singgah ke PD Wall Street Art di Bandar Port Dickson bagi merakam gambar kenangan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mat Kasim berkata, PD Wall Street Art adalah antara tarikan pelancongan yang diwujudkan MPPD, di mana ia mempamerkan seni lukisan dengan tema memorial dan interaktif yang dilukis pada dinding premis kedai di bandar berkenaan.

“Lukisan memorial menggunakan tema warna hitam putih dan ia membabitkan gambar lama pekan Port Dickson antaranya menara jam Port Dickson yang dibina pada 1970, landasan kereta api yang menjadi pengangkutan penggerak ekonomi Port Dickson satu ketika dahulu, pantai asal Port Dickson sebelum proses tambak dan beberapa lagi bangunan memori di sini.


Zamri (kanan) bersama Timbalan Pengarah Akademik PPD, Yusma Yusof (empat, kanan) meninjau pelaksanaan kerja melukis mural oleh pelajar PPD.

“Sementara lukisan interaktif menggunakan kepelbagaian warna dan pengunjung boleh bergambar mengikut lukisan mural tersebut,” katanya.

Menurutnya, ini adalah antara usaha MPPD untuk mempelbagaikan lagi lokasi menarik dan mesti dikunjungi apabila tiba di daerah ini.

“Jika sebelum ini pengunjung hanya tertumpu di kawasan pantai dan beberapa produk pelancongan di Jalan Pantai, kini mereka boleh datang ke Bandar Port Dickson untuk merakam gambar di mural ini.

“Pencinta lukisan atau sejarah juga boleh memanfaatkan mural ini,” katanya.

Zamri memberitahu, PD Wall Street Art adalah program kolaborasi MPPD dengan Politeknik Port Dickson (PPD) dan merupakan ‘pilot project’.

"Akan datang dalam fasa kedua dan seterusnya, ada lagi premis perniagaan di bandar ini terlibat dengan PD Wall Street Art.

“Hinggalah ke satu tahap, dinding premis perniagaan di bandar ini dipenuhi dengan lukisan menarik dan beridentitikan Port Dickson,” katanya.

Pihaknya juga mengharapkan kerjasama orang ramai dan pengunjung supaya memanfaatkan PD Wall Street Art dengan sebaiknya tanpa kegiatan vandalisme.

Tags / Kata Kunci: PD , Zamri

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan