Nurul Farhana Tak Mahu Kembali Kepada Suami

Diterbitkan: Sabtu, 21 Oktober 2017 6:27 PM

Nurul Farhana Ahmad (kanan) memeluk ibunya Normah Yusof, 51, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) dari Indonesia pada Jumaat. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: "Saya tak nak kembali kepada suami walaupun dia mencari kami di sini. Saya nak terus lupakannya ," luah Nurul Farhana Ahmad, 25, yang selamat pulang ke rumahnya di Parit 7, Pasir Panjang, Sekinchan.

Nurul Farhana berkata, dia kecewa ditinggalkan suami tanpa sebarang khabar berita sejak tujuh bulan lalu.

"Saya pun tak tahu sama ada dia masih hidup atau pun dah mati," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya.

Wanita itu berkata, dia ingin melupakan kisah sedih yang dilaluinya itu dan ingin memulakan kehidupan baharu.

Malah, katanya, keutamannya kini ialah ingin memohon taraf kewarganegaraan anaknya,  Askara Alfateh Ali, 15 bulan, yang dilahirkan di Indonesia.

"Esok (Sabtu) saya nak uruskan pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Besar," katanya.

Selain itu, katanya, dia juga sedang berusaha untuk mencari peluang pekerjaan di kawasan berhampiran.

"Buat masa sekarang, saya nak tenangkan diri dulu dan bila semuanya dah kembali pulih, saya nak mula bekerja," katanya.

Nurul Farhana berkata, dia terlalu gembira sebaik dapat melangkah masuk ke rumah ibunya.

"Hari ini, saya sungguh teruja dan nak masak sup kaki ayam istimewa buat mak," katanya.

Sebelum ini, Nurul Farhana, menghilangkan diri selepas keluar bekerja di kilang memproses sotong kering di Sekinchan.

Dia dikatakan lari mengikut kekasihnya warga Indonesia.

Wanita itu bersama Askara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Kedua (KLIA2) dari Medan, petang Jumaat.

Kepulangannya ditemani Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi yang berjaya menjejaki Nurul Farhana, selain menguruskan proses dokumentasi untuk membawanya pulang.

Kisahnya mendapat perhatian Budiman apabila ibunya memohon bantuan untuk membawa pulang anaknya selepas menerima panggilan telefon dari Nurul Farhana yang mengadu hidupnya sangat susah di Indonesia dan ingin pulang ke Malaysia. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Nurul Farhana Ahmad

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan