Tragedi Tanah Runtuh: Polis Akan Turut Jalani Siasatan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Oktober 2017 5:27 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pihak polis akan mula menjalankan siasatan penuh berkaitan insiden tanah runtuh di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini selepas kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa selesai dijalankan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata fokus awal ketika ini ialah untuk kerja SAR oleh agensi berkaitan memandangkan mangsa terlibat dipercayai tertimbus sehingga kedalaman 10 meter.

“Setelah kami mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat, kita akan maklumkan kepada kedutaan yang terlibat untuk dimaklumkan kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sehingga pukul 4 petang tadi, hanya tiga mayat mangsa ditemui, dua daripadanya merupakan warga Bangladesh dan seorang lagi dipercayai etnik Rohingya.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dari Putrajaya dijangka akan tiba petang ini untuk membantu kerja SAR, selain Unit Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sudah berada di sini sejak pagi tadi,” katanya.

Kejadian tanah runtuh itu dilapor pada pukul 8.57 pagi Sabtu melibatkan 14 mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah.Mereka terdiri daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain terdiri daripada rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Tanjung Bungah

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan