Penceramah Kontroversi Dakwa Permainan Gajet Haram

Diterbitkan: Sabtu, 21 Oktober 2017 10:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penceramah bebas dari Pulau Pinang, Shahul Hamid Seeni Muhammad (gambar) mengeluarkan satu kenyataan melarang umat Islam menggunakan telefon atau iPad untuk bermain permainan seperti 'Snakes and Ladders'.

Penceramah kontroversi itu dalam satu video yang tersebar baru-baru ini turut meminta umat Islam agar tidak mengunjungi salun rambut yang diusahakan oleh orang bukan Islam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Youtube, dia diminta untuk memberi pandangan mengenai penggunaan iPad dalam kalangan kanak-kanak sehingga mereka leka dan tidak mahu membaca al-Quran dan hadis.

Menjawab persoalan itu, Shahul berkata, ia merupakan satu dosa dan tidak boleh dibiarkan berlaku.

"Bermain permainan video, daripada apa yang saya faham adalah tidak dibenarkan. Hukumnya haram.

"Permainan dam, catur, Snake and Ladders, semua tak boleh," ujarnya.

Shahul turut melarang permainan pengumpulan aset seperti Saidina dan Monopoly serta permainan Solitaire yang terdapat pada setiap komputer kerana ia boleh menjurus ke arah perjudian.

Tambahnya lagi, hukum bagi pelajar yang menghabiskan masa bermain permainan tembak menembak di kafe siber juga adalah haram.

Menerusi video itu, Shahul turut bercakap mengenai pertaruhan dalam talian yang mengajar orang muda berjudi.

"Tak ada ke jurutera yang bagus dan boleh membuat permainan yang lebih Islamik?

"Kalau ada permainan seperti ini, pemahaman terhadap Islam pasti dapat ditingkatkan," ujarnya lagi.

Video berkenaan yang dipercayai sudah lama dirakam telah dimuat naik ke laman Youtube oleh satu akaun bernama News Feed.

Tags / Kata Kunci: Shahul Hamid Seeni

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan