Nurul Farhana Akhirnya Pulang

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 5:15 PM

Normah memeluk erat Nurul Farhana yang tiba di KLIA bersama anaknya pada Jumaat. Foto Sinar Online

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penantian seorang ibu untuk memeluk anak perempuan tunggalnya yang tidak ditemui selama dua tahun berakhir apabila Nurul Farhana Ahmad, 25, berjaya dibawa pulang dari Indonesia pada Jumaat.

Normah Yusof, 51, menyambut ketibaan anaknya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada pukul 2.35 petang.

Dia yang ditemani ahli keluarganya tidak dapat menahan sebak sejurus melihat wajah anak keempat daripada lima beradik yang mendukung seorang anak kecil berusia setahun itu.

Rombongan misi membawa pulang Nurul Farhana ke Malaysia diketuai Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Dua beranak berkenaan saling berpelukan dan melepaskan rindu dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat yang turut menyambut kepulangan Nurul Farhana.

Budiman berkata, beliau bersyukur segala cabaran dalam membawa pulang Nurul Farhana ke tanah air dipermudahkan.

"Misi kita membawa balik Farhana dan anaknya yang menghilangkan diri selama dua tahun di Indonesia selamat dipertemukan dengan keluarganya. Ada pengalaman yang sangat mahal harganya dilalui Farhana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA di sini, Jumaat.

Menurutnya, usahanya itu dipermudahkan dengan gerak kerja Kedutaan Malaysia di Indonesia melalui Duta Besar, Datuk Seri  Zahrain Hashim, kedutaan Indonesia di Malaysia melalui Rosdi Kirana, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan Imigresen Indonesia.

"Untuk membawa pulang Farhana ini, kita menggunakan pendekatan People to People (P2P) iaitu melalui NGO Nusasentris Malaysia - Indonesia untuk berunding dengan ketua daerah dan keluarga di Batubara.

"Inilah perbezaan MP Barisan Nasional dan Pakatan. Kita dilatih dengan politik khidmat bakti iaitu menyelesaikan masalah rakyat berbanding mereka menerapkan politik kebencian dan fitnah dalam meraih kuasa dan mendekatkan diri dengan rakyat," katanya. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: Nurul Farhana Ahmad

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan