“Kita Jadikan MAS Kebanggaan Negara Semula”

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 9:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Malaysia Airlines yang baharu, Kapten Izham Ismail berkata, ia merupakan satu penghormatan dan tanggungjawab besar untuk menjadi peneraju syarikat penerbangan nasional.

"Sepanjang kerjaya saya dihabiskan bersama Malaysia Airlines dan bagaikan keluarga saya.

"Meneraju syarikat penerbangan nasional merupakan satu tanggungjawab besar. Saya dengan rendah diri, sedia hadapi cabaran ini.

"Kita berada di landasan ke arah transformasi penuh dan lengkap sebagaimana dalam 12 perkara Pelan Pemulihan MAS (MRP), dan saya tidak sabar untuk bekerja dengan rakan-rakan MH bagi menjadikan syarikat penerbangan ini menjadi kebanggaan negara semula," katanya.

Malaysia Aviation Group (MAG) dan Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan pada Jumaat mengumumkan bahawa Kapten Izham dilantik sebagai CEO dan pengarah eksekutif kumpulan.

Kapten Izham yang ketika ini merupakan ketua pegawai operasi (COO) syarikat akan mengambil alih peranan baharu pada 1 Disember depan berikutan penghijrahan Peter ke Ryanair.

Bellew yang kini diletakkan di bawah cuti pentadbiran.

Kapten Izham Ismail.

Dilantik ke jawatan pengurusan selepas 10 tahun menyertai Malaysia Airlines, Kapten Izham berkembang dalam pelbagai pangkat selama beberapa tahun, termasuk pengarah operasi.

Sebelum menjadi COO pada 2016, beliau berkhidmat sebagai CEO MASwings, syarikat sekutu Malaysia Airlines di Sabah dan Sarawak.

Kapten Izham juga merupakan sebahagian daripada usaha pemulihan syarikat penerbangan itu.

Sebagai COO, beliau bertanggungjawab di bahagian operasi, termasuk operasi penerbangan dan lapangan terbang serta kejuruteraan.

Kapten Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbangan, dan memulakan kerjayanya bersama Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada 1979.

Beliau pernah memecahkan rekod penerbangan dunia apabila menerbangkan pesawat pertama B777-200 MAS dari Seattle ke Kuala Lumpur dan kembali ke Seattle.

Penerbangan tersebut mencatatkan sejarah dunia sebagai penerbangan paling panjang dan pantas dilakukan oleh sebuah syarikat penerbangan komersial dengan jumlah keseluruhan waktu penerbangan adalah 41 jam 59 minit dengan jarak 23,310 batu.

Tags / Kata Kunci: Kapten Izham Ismail , MAB , MAS , Malaysia Airlines

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan