Adamdidam Selesa 'Berasap' Di Dapur

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 10:00 AM

(Kiri) Adam mendukung anak saudaranya, Ali. (Kanan) Adam merupakan pengkritik paling 'pedas' untuk masakan sendiri.

(Ubah saiz teks)

PERTEMUAN empat mata dengan selebriti media sosial, Chef Adam Mahamed Ismail di ibu negara telah membuka ruang untuk mengenali lebih dekat pemuda yang popular dengan panggilan Adamdidam dalam kalangan peminatnya.

Susur masa Instagram milik jejaka kelahiran Kelantan itu dipenuhi dengan gastronomi yang menyelerakan sehingga membuatkan pengikutnya tertunggu-tunggu menu baharu yang akan dimuat naik ke akaun miliknya itu.

Sebagaimana pemuda berusia 27 tahun itu beraksi di dapur, seperti itulah perwatakannya yang tidak banyak protokol ketika ditemubual di sebuah restoran pada Rabu.

Siapa sangka lelaki yang kini sudah memiliki lebih 211,000 pengikut di Instagram itu sebenarnya tidak pandai memasak mi segera pun sebelum ini, namun menemukan cinta dalam bidang kulinari kira-kira lima tahun lalu selepas terpaksa berjauhan dengan keluarga.

Adam tidak memiliki sebarang akaun media sosial ketika masih bekerja dalam dunia korporat. - Instagram/ @adamdidam

Adam yang pernah menyarung pakaian pejabat dan perlu sentiasa kelihatan segak ketika menyandang jawatan sebagai Perancang Strategik di syarikat cari gali gergasi negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) kini lebih selesa berpakaian ringkas dan 'berasap' di dapur.

"Siapa yang tidak sayang untuk melepaskan jawatan stabil selepas lima tahun bekerja dalam dunia korporat, tapi saya nekad untuk keluar daripada zon selesa bagi meneruskan passion dalam bidang ini pula.

"Sebenarnya, memasak juga perlukan perancangan. Jadi, saya lihat dua dunia berbeza ini berkait rapat daripada segi perancangan kerja," kata pemuda yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kelantan itu.

Melihat kepada pelbagai menu yang dihidangkan di laman sosialnya itu, pasti ada antara pengikut setia Adam yang tertanya-tanya siapakah gerangan insan bertuah yang dapat menikmati semua sajian tersebut.

Adam kini terlibat dalam beberapa program televisyen sejak pulang ke Malaysia baru-baru ini.- Instagram/ @adamdidam

"Saya mula buat video di Instagram untuk keluarga yang tinggal di Kelantan dan United Kingdom (UK) untuk memudahkan mereka merujuk resipi yang disediakan.

"Dulu pun ada lebih kurang 200 pengikut sahaja yang terdiri daripada keluarga dan kawan-kawan ketika saya mula merakamkan video pada Januari tahun lalu.

"Semasa saya di Kuala Lumpur dulu, saya masak untuk diri sendiri. Kalau dilihat, portion (bahagian) lain, masakan pun ikut selera saya.

"Bila saya di Kelantan, saya masak untuk ibu bapa dan ketika berada di UK pula, masakan itu untuk anak-anak saudara serta keluarga di sana," katanya.

Kenangan Adam bersama anak saudaranya Fatimah dan Omar Mukhtar ketika menyambut Syawal lalu di UK. - Instagram/ @adamdidam

Adam juga merupakan bapa saudara kepada trio yang pernah tular kerana bertutur dalam dialek Kelantan biarpun menetap di Birmingham, UK.

Menurut Adam, minatnya yang mendalam dalam bidang masakan turut mendorongnya untuk mengikuti kursus intensif pendek selama enam bulan di institusi pendidikan hospitaliti terbesar dunia, Le Cordon Bleu di London, UK.

Pemuda itu turut bersyukur kerana dilimpahi satu demi satu rezeki selepas membuat keputusan paling besar dalam hidupnya iaitu menukar karier 'kolar putih' kepada chef di dapur. 

"Ia seperti satu pintu ditutup, tapi ada pintu lain menunggu. Terkini, saya telah ditawarkan untuk menjadi duta media sosial bagi syarikat elektronik terkemuka.

"Semua ini seperti satu perjalanan dan berharap dapat memberi inspirasi kepada semua orang termasuk lelaki dan perempuan untuk merasai connection melalui masakan," ujarnya yang beranggapan selebriti media sosial bukan sekadar untuk seronok tapi dapat memberikan inspirasi kepada masyarakat.

Tags / Kata Kunci: Adam Didam

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan