Tiada Insiden Pergaduhan Di Tambun

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 8:45 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiada sebarang insiden pergaduhan di Tambun di sini, sehingga menyebabkan seorang lelaki putus tangan sebagaimana video yang tular di laman sosial pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata gambar serta komen netizen yang mendakwa pergaduhan itu berlaku antara kaum Melayu dan Cina tidak benar sama sekali dan sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima tentang kejadian tersebut.

Mengulas mengenai satu lagi video tular berhubung pergaduhan di Ipoh Garden, Chang Keong berkata pihaknya telah menerima dua laporan polis mengenai kejadian itu.

"Bagi laporan pertama, seorang wanita membuat laporan Ahad lalu kira-kira 1.30 pagi mengatakan dia dipukul sekumpulan lelaki dan seorang perempuan di hadapan sebuah bank kerana dituduh mengganggu seseorang.

"Akibat kejadian itu, wanita tersebut mendapat kecederaan di jari, kepala dan kaki," katanya dalam kenyataan.

Chang Keong berkata bagi laporan kedua, seorang lagi wanita mendakwa dipukul 10 lelaki dan empat perempuan di hadapan sebuah pusat hiburan di Ipoh Garden kira-kira 2.30 pagi, hari yang sama, kerana dituduh ‘mencari pasal' dengan wanita yang membuat laporan pertama.

"Wanita itu turut mendapat kecederaan di kepala, badan, leher dan kaki. Kita telah menyiasat kedua-dua laporan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu, Chang Keong menegaskan kejadian dalam gambar dan video yang tular di laman sosial itu bukan kes yang sama dan menasihatkan orang ramai agar berhenti membuat perkongsian mengenai kejadian tersebut.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Video Tular

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan