Shafie Apdal tiba di SPRM

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 7:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini atas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan projek pembangunan luar bandar yang bernilai RM1.5 bilion.

Shafie yang diiringi peguamnya, Martin Tommy dan Loretto Padua Jr tiba pada pukul 5.15 petang Khamis.

Hadir sama isteri Shafie, Datin Seri Shuryani Shuaib dan Naib Presiden Parti Warisan, Datuk Peter Anthony yang merupakan orang pertama ditahan oleh SPRM berhubung siasatan projek-projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Projek-projek tersebut dilaksanakan antara tahun 2009 dan 2015 iaitu ketika Shafie mengetuai kementerian itu.

Terdahulu, Shafie tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.30 petang.

Beliau disambut oleh penyokongnya ketika dia pulang ke rumah untuk menunaikan solat sebelum pergi ke pejabat SPRM untuk memberi kenyataan.

Semasa ditemui di rumahnya di Luyang dekat sini, Shafie berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dalam siasatan SPRM.

Pada Rabu malam, beliau diminta hadir oleh SPRM untuk memberikan kenyataannya.

"Sebab itulah saya terbang dari Kuala Lumpur," katanya.

Shafie juga berkata dia sedih dengan berita penahanan dua adik-beradiknya yang lain, Hamid dan Yusof.

Bagaimanapun, beliau berkata beliau memahami bahawa mereka hanya membantu siasatan dan SPRM sedang melakukan tugasnya.


Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan