Niaga 30 Tahun Kerana Belalang

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 9:13 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Walaupun kelompok pembeli belalang tidak besar, peniaga Pasar Besar Pasir Puteh di sini, tetap menjualnya bagi memenuhi permintaan pelanggan tetapnya.

Bidah Abdullah, 55, berkata, walaupun kumpulan penggemarnya agak kecil, dia sekurang-kurangnya tidak perlu berdepan saingan besar kerana hanya segelintir peniaga yang menjualnya.

Katanya, belalang yang lazimnya dijual pada harga RM5 untuk 100 gram itu diterimanya daripada pembekal tempatan yang membelinya daripada pencari belalang di kampung-kampung.

“Orang ‘lama’ suka makan belalang ni, mereka pasti akan datang membeli di pasar ini apabila tiba musimnya kerana belalang ini bukannya ada sepanjang masa.

“Kebanyakan yang datang membeli belalang ini orang sama, mereka tahu bila tiba musim, makcik akan menjualnya,” katanya yang berniaga di pasar tersebut sejak lebih 30 tahun lalu.

Selain di Pasar Besar Pasir Puteh, belalang turut dijual di pasar malam dan pasar minggu di bandar ini dan terdapat kedai makan di kampung yang menawarkan menu kerutuk belalang serta belalang goreng berempah kepada pelanggan.

Bidah berkata, belalang sememangnya tidak sukar diperoleh jika kena dengan musim tetapi tidak ramai yang sanggup mencarinya kerana lazimnya mereka mesti ke kawasan bendang pada waktu malam selepas musim menuai.

“Dengan adanya penggemar belalang ini, kita boleh sama-sama cari makan, pencari, pembekal dan penjual macam saya ini boleh la pitih (duit) untuk menampung keluarga,” katanya.

Penggemar belalang, Zarul Mohd Nasir, 48, berkata, walaupun harga belalang agak tinggi, dia sanggup membelinya kerana menganggap ia sebagai makanan eksotik.

Katanya, selain enak, belalang juga dikatakan berkhasiat serta mampu menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapinya.

“Bagaimanapun hanya saya dan isteri memakannya kerana anak-anak saya tidak menggemarinya, mungkin asing kepada mereka dan tidak berani membiasakan diri dengannya,” katanya.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Bidah , Pasar Besar Pasir Puteh

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan