CEO MAS: MAB Perjelas Dakwaan 'Campur Tangan'

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 1:04 PM

mas
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa ia (Khazanah) campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.

Dalam satu kenyataan Khazanah berkata artikel bertajuk ‘Khazanah meddling led to Bellew exit?” yang disiarkan pada 17 Oktober, merupakan spekulasi dan berdasarkan sumber yang tidak dinamakan.

"Ia salah dan mengelirukan," kata Khazanah.

Dalam kenyataan itu Khazanah berkata Lembaga Pengarah dan pengurusan  Malaysia Airlines, telah mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah, sebagai pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula itu.

"Secara kolektifnya, kami bekerjasama rapat bagi menjayakan penstrukturan semula itu sehingga hari ini," katanya.

Khazanah juga menjelaskan bahawa tiada pegawainya dihubungi untuk memberi ulasan sebelum penyiaran artikel spekulatif terbabit.

Cabang pelaburan kerajaan itu itu berkata ia mematuhi rangka kerja kelulusan dan tadbir urus yang digariskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos, 2014 dan Akta 2015 Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) (Akta MAS 2015”), bagi penstrukturan semula Malaysia Airlines. -Bernama


Tags / Kata Kunci: Khazanah , Peter Bellew

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan