LHDN Nafi Pengkritik Kerajaan Adalah Pegawainya - Berita Semasa | mStar

LHDN Nafi Pengkritik Kerajaan Adalah Pegawainya

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 6:02 PM

Paparan profil individu yang didakwa merupakan kakitangan LHDN dan aktif mengkritik kerajaan di laman sosial. - Facebook

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan individu yang tular di media sosial ketika ini kerana aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan adalah pegawainya.

LHDN dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.

Menurutnya individu tersebut ialah bekas pegawai LHDN yang telah bersara pada Ogos tahun lepas.

"Maka LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komennya di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN," katanya.

LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya dengan LHDN memandangkan beliau tidak lagi berkhidmat dengan organisasi itu. - Bernama

Tags / Kata Kunci: LHDN
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan