Jenazah Shyzlin Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Rabu, 18 Oktober 2017 11:41 AM

Robiah Abdullah (duduk kiri), 69, menatap wajah anak saudaranya Shyzlin Hathaman buat kali terakhir sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh malam Selasa.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Jenazah Allahyarhamah Shyzlin Hathaman, 43, yang meninggal dunia di Peru selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh di sini kira-kira  9.30 malam Selasa.

Jenazah dikebumikan bersebelahan pusara sepupunya Norabdah Mahmood, 47, yang meninggal 23 September lalu.

Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tun Hussien Onn, Larkin pada pukul 8.15 malam.

Solat jenazah diimamkan Imam Masjid Tun Hussien Onn, Muhammad Zubair Zulkafli dan dihadiri lebih 200 jemaah termasuk anggota keluarga terdekat Allahyarham.

Shyzlin yang berasal dari Pontian dipenjara serta terkandas di Lima, Peru selama lapan tahun menghidap beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis.

Beliau yang dipenjara akibat menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa meninggal di hospital pada 7 Oktober lalu.

Penghantaran balik jenazah Allahyarham diurus pelbagai pihak termasuk Biro Kebajikan Umno Malaysia (BIKUM) Sabtu lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antara Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.30 petang tadi. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Shyzlin Hathaman , kebumi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan