Kerana Sampah, ‘Abang Kopiah’ Jadi Popular!

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 10:53 AM

Subki (gambar kecil) menegur seorang pemandu yang dipercayai membuang botol air ke luar kenderaannya. - Facebook

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hanya kerana 'sampah', siapa sangka seorang lelaki berkopiah tiba-tiba popular dan menjadi bualan netizen.

Semuanya berlaku apabila dia tanpa teragak-agak telah menegur seorang pemandu yang dipercayai bertindak membuang botol minuman di luar kenderaannya.

Dalam diam, tindakannya itu dirakamkan dan dimuat naik di media sosial oleh seseorang yang berada di lokasi tersebut, menyebabkan usaha murni lelaki berkopiah berkenaan mendapat pujian apabila videonya tular di internet.

Pemuda yang dikenali sebagai Subki Shaari itu dirakam bertindak spontan mengambil botol minuman yang dipercayai diletakkan oleh pemandu terbabit di tepi pintu keretanya lalu menghulurkan kembali botol tersebut kepada pemandu berkenaan kerana perbuatan itu jelas tidak bertanggungjawab.

Seorang pengguna Facebook, 'Bean Bendi Bean' menulis: "Bagus, bagus... penuh beradab...orang tu pun tak jadi nak melawan, mesti beliau malu."

Sementara itu, seorang lagi pengguna, 'Ijan Radzi' yang turut memuji tindakan tersebut pula berkata: "Terbaik...macam ni la kita nak pupuk dalam budaya kita...sama-sama memperingati antara satu sama lain."

Manakala, seorang lagi pengguna, Hisyam Ibrahim meluahkan rasa kesal terhadap sikap pemandu yang masih tidak berubah biarpun negara semakin hampir dengan tahun 2020.

"Negara dah nak masuk tahun 2020 dah. Tapi ada lagi rakyat Malaysia buang sampah dari tingkap kereta! Macam mana kita nak maju? Jika rakyatnya terus begini," tulisnya.

Melalui video tersebut, Subki yang memakai kemeja-T warna kuning dan kopiah keluar dari kenderaan yang dinaikinya dan dipercayai meminta pemandu berkenaan menurunkan cermin kenderaan dan memberikan tanda isyarat agar tidak membuang sampah di kawasan itu.

Bagaimanapun, video berdurasi 16 saat yang diambil ketika beberapa kereta sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu tidak merakam butiran perbualan yang dituturkan oleh Subki kepada pemandu terbabit.

Setakat ini, video tersebut yang mula dikongsikan oleh pengguna Facebook, 'Beh Misbah' sudah ditonton lebih 174,000 kali dan menerima 694 perkongsian.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan