UUM Tersenarai Universiti Terbaik Asia

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 2:47 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Universiti UtaraMalaysia (UUM) terus meningkatkan kedudukannya apabila tersenarai dalam kalangan satu peratus  (1%) universiti terbaik di rantauAsia daripada 11,900 universiti yang ada.

Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata universiti pengurusan terkemuka itu melonjak enam anak tangga pada kedudukan ke-131 dalam QS Asia University Rankings 2018.

"Keputusan yang dikeluarkan QS Asia University Rankings itu menyaksikan UUM melonjak 168 anak tangga sejak kali pertama disenaraikan dalam QS Asia pada 2011," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Sehubungan itu, Mohamed Mustafa meminta semua warga UUM terus berganding bahu dan bertekad ke arah menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.

UUM berada pada kedudukan ke-299 sejak tersenaraipada 2011 sebelum menduduki tangga ke-193 (2015-2016) dan ke-137 (2016-2017).

QS University Ranking Asia merupakan agensi di United Kingdom yang membuat penarafan universitiperingkat serantau dan dunia berdasarkan 10 indikator yang ditetapkan.  -- Bernama

Tags / Kata Kunci: UUM , Asia

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan