Bola-Bola Juga, Solat Tetap Ditunaikan

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 9:36 AM

Abdul Farid mengimamkan solat Maghrib secara berjemaah di pekarangan Stadium Perak, malam kelmarin. Gambar kecil: Abdul Farid - Sinar Harian

(Ubah saiz teks)

IPOH: Penyokong termasuk mereka yang terlibat secara langsung pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini tiada alasan untuk meninggalkan solat.

Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abdul Farid Salleh berkata, ruang solat khas disediakan di pekarangan Stadium Perak.

Menurutnya, Masjid Negeri Perak dengan kerjasama Sahabat Belia Masjid Negeri, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menyediakan kemudahan itu kepada penyokong.

Katanya, sebanyak tiga tempat khas disediakan termasuk satu untuk Muslimat menunaikan solat.

“Usaha ini dicetuskan sendiri Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) yang juga Pengerusi Masjid Negeri kerana mahu memudahkan penyokong menunaikan solat secara berjemaah.

“Alhamdulillah, kita berjaya laksanakan dengan bantuan MBI dari segi penyediaan khemah dan beberapa agensi lain dan sambutan orang ramai begitu menggalakkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Penjaga gol PerakMuhammad Hafizul Hakim berjaya menampan asakan pemain JDT pada pertemuan Perak dengan JDT perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak pada Ahad. - Bernama

Abdul Farid turut mengimamkan solat Maghrib secara berjemaah di ruang solat khas itu, Ahad.

Katanya, ruang-ruang khas solat yang disediakan itu mampu menampung 100 hingga 300 jemaah pada satu-satu masa.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan kemudahan wuduk menggunakan alat semburan air dengan dibantu 30 petugas terdiri daripada pegawai masjid.

“Selain pihak MB Inc menyediakan tempat wuduk di surau bergerak, kita perkenalkan kaedah berwuduk dengan cara spray.

“Kita tak nak orang tinggalkan kewajipan mereka untuk solat dengan alasan tak cukup tempat atau tak ada kemudahan. Dengan cara ini tak ada lagi alasan untuk mereka tinggalkan solat bila tengok bola,” katanya.

Malah katanya, pihaknya akan menyediakan kemudahan tersebut setiap kali perlawanan khususnya yang membabitkan kehadiran penyokong yang ramai.

Tags / Kata Kunci: Piala Malaysia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan