Orang Ramai Serbu Restoran Makan Percuma

Diterbitkan: Isnin, 16 Oktober 2017 7:17 PM

Orang ramai serbu Restoran Gabungan NGO 1Malaysia. Foto Sinar Online

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga kota menyerbu Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang di sini, Isnin untuk menikmati hidangan percuma.

Pelanggan, Amiruddin Jali, 60, berkata,menu makanan di restoran ini juga sedap.

“Makanan disediakan secara bufet, menu pada hari pembukaan ini adalah masakan selera kampung atau menu kenduri kahwin ada nasi minyak dan nasi biasa serta pelbagai jenis lauk.

"Saya berharap restoran percuma ini dapat membuka cawangan di beberapa lokasi lain,” katanya.

Seorang lagi pelanggan dari Johor Bahru, Ling Ka Man, 60, berkata, dia mengetahui restoran ini daripada laman sosial.

“Kebetulan saya ada urusan untuk membuat visa di Kuala Lumpur, kemudian saya datang ke restoran ini untuk merasai masakannya, menu di ini sedap.

“Perbuatan pemilik restoran ini amat baik kerana memberi makanan percuma pada orang ramai. Pemilik restoran juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, menu makanan percuma ini disediakan untuk 1,000 rakyat setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

“Pada hari ini, saya terpaksa menambah kuantiti juadah sebanyak 1,000 lagi kerana ada sebahagian makanan sudah habis pada jam 1 petang,” katanya.

Menu pada hari pembukaan restoran ini antaranya, ayam goreng masak merah, sambal ikan, ikan goreng, kubis masak lemak putih dan jagung rebus. Air yang disediakan pula air sirap dan air mineral. - Sinar Online

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan