Polis Tahan Wan Ji

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 9:11 PM

Wan Ji (baju putih) dibawa ke Bukit Aman.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis  menahan pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Wan Ji Wan Hussin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis terhadap lelaki itu yang dikatakan menghina sultan.

Wan Ji yang juga penceramah bebas dan aktivis Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan selepas solat Jumaat kira-kira 2.40 petang di perkarangan Masjid Sembilang di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghyee Lye ketika dihubungi mengesahkan penahanan Wan Ji dan lelaki itu telah dibawa ke Bukit Aman.

"Wan Ji disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya  membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya.

Satu lagi laporan polis dibuat di Kuala Lumpur.Wan Ji pernah didakwa di mahkamah pada 2014 atas tuduhan menerbitkan kenyataan berbaur hasutan bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penahanan Wan Ji bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap lelaki itu kerana didakwa menghina sultan.

“Wan Ji ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana disyaki  menghina Sultan,” katanya selepas menghadiri majlis paluan berundur Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman di padang kawad Pusat Latihan Polis, di sini.

Beliau berkata polis telah menerima beberapa laporan berhubung kes berkenaan tetapi tidak dapat mengesan Wan Ji sebelum ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada tahanan reman Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin, yang ditahan semalam, perlu disambung atau sebaliknya, beliau berkata tempoh remannya bergantung kepada keperluan siasatan.

"Kalau tidak sambung (reman), polis akan beri ikat jamin," katanya.

Pada Khamis, Mohamad Fuzi berkata Zamihan disiasat menurut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas memberi keterangan pada 3.50 petang pada Rabu lepas. -Bernam

Tags / Kata Kunci: Wan Ji

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan