Gadis 'Kuih Bulan' Perluas Perniagaan, Buka Kilang

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Hanya lapan bulan selepas perniagaan kuih bakulnya menjadi tular di laman sosial, gadis kurang upaya (OKU) ini  kini terus melebarkan empayar syarikatnya dengan memulakan operasi di kilang baharu pada bulan lalu.

Haziqah Nurul Huda Harun, 20, atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, berkata beliau melabur sebanyak RM150,000 dengan menggunakan wang simpanan hasil perniagaan selama ini untuk kos operasi kilang yang terletak di Bukit Kuang, Kemaman itu.

"Alhamdulillah, apabila  beroperasi daripada kilang, pengeluaran kuih bakul dan kuih bulan Yaya lebih tersusun dan berjaya menghasilkan kuantiti lebih banyak berbanding ketika Yaya masih beroperasi di rumah dahulu.

"Fokus ketika ini ialah Yaya mahu mendapatkan sijil pengesahan Makanan Selamat Tanggungjawab Industi (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Walaupun kuih bakul dan kuih bulan keluaran syarikat Yaya ini memang menggunakan bahan halal, Yaya tetap mahu mendapatkan sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk lebih mudah menembusi pasaran halal dunia," kata gadis lumpuh yang bergerak menggunakan kerusi roda ini kepada Bernama, Jumaat.

Ketika ini, Yaya memfokuskan pengeluaran kuih bulan berikutan permintaan memberangsangkan dari dalam dan luar negara apabila purata pengeluarannya antara 40,000 hingga 60,000 kuih sebulan.

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata beliau turut meningkatkan ilmu pemasaran dengan mendaftar sebagai pelajar di sebuah akademi pengiklanan laman sosial Facebook dan mendaftar kelas bimbingan seorang mentor usahawan terkenal.

"Selepas balik daripada kelas, jualan memang melonjak naik hampir lima kali ganda dan Yaya akan terus meningkatkan kemahiran ini untuk mencapai cita-cita Yaya menjadi usahawan muslimah yang disegani.

"Alhamdulillah, daripada hanya tiga pekerja, kini Yaya sudah mempunyai lapan pekerja yang dapat melancarkan lagi proses pembuatan dan pembungkusan kuih ini," katanya.

Kecekalan Yaya mengharungi 1001 cabaran dan ujian dunia perniagaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang kagum dengan dirinya.

Yaya sering dijemput oleh pelbagai institut pendidikan seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara Seremban, dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur untuk perkongsian pengalaman dan kisah kejayaan.

Enggan mendabik dada, tegas Yaya beliau hanya memberikan alternatif kepada umat Islam untuk menikmati kuih tradisional masyarakat Cina itu yang dihasilkan syarikat milik orang Islam.

"Selain itu, jihad ekonomi kecil Yaya ini juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada remaja setempat.

"Yaya juga mahu memperkemaskan lagi sistem pengedaran kuih bakul dan kuih bulan ini menggunakan sistem ejen tidak lama lagi. Ketika ini peguam masih dalam proses merangka terma, syarat dan perundangan untuk manfaat syarikat dan ejen yang akan bersama kami nanti," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: OKU , Kuih Bulan , Bukit Kuang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan