Mesin Tebu 'Makan' Tuan - Berita Semasa | mStar

Mesin Tebu 'Makan' Tuan

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 10:49 PM

Keadaan tangan mangsa yang hampir hancur selepas tersepit dalam mesin tebu. Foto Sinar Online

(Ubah saiz teks)

GERIK: Seorang lelaki warga emas cedera parah di tangan akibat tersepit mesin tebu semasa mahu memulakan perniagaan di Bandariang di sini, petang Khamis.

Mangsa, Abdul Majid Beran, 70an, kini berada di Hospital Taiping dan difahamkan pembedahan ke atas tangannya akan dilakukan malam Khamis juga.

Anak mangsa, Nuratina Abdul Majid, 42, berkata ayahnya kini dalam keadaan baik namun agak lemah kerana menahan sakit akibat insiden itu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang tadi semasa ayahnya bersiap-siap untuk memulakan perniagaan di Pasar Malam Bandariang.

“Biasanya dia memang buat kerja dengan cermat, tidak pernah buat laju-laju pun. Tadi jarinya tersepit masa masukkan tebu yang pertama.

“Masa masuk tiada apa berlaku tapi masa kepakkan tebu itu, satu jari termasuk dalam mesin, terus mesin sedut sampai pergelangan tangan.

“Teruk juga keadaan tangannya. Adik bongsu saya yang tolong buka mesin itu dan keluarkan tangan ayah kemudian terus hantar ke Hospital Gerik,” katanya kepada Sinar Harian.

Setakat pukul 9.45malam, Nuratina memaklumkan ayahnya dalam keadaan stabil dan hanya menunggu masa untuk pembedahan.

“Harapnya semua berjalan dengan baik. Kami sangat terkejut bila dengar berita ini. Doakan ayah saya selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh,” ujarnya. - Sinar Online

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan