Dua Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Pulang Esok

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 2:35 PM

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan hadir menyampaikan sumbangan dan beramah mesra bersama mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Zunnun Misri Nasrun sempena Perayaan Deepavali di Wad Kebakaran Hospital Kuala Lumpur pada Khamis. Turut hadir Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Zaininah Mohd Zain (kiri). fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang pada Jumaat.

Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata mereka Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12, dan Zunnun Misri Nasrun, 12, telah menunjukkan reaksi positif terhadap rawatan yang diberikan.

"Kedua-dua mereka mengalami kesan lecur pada badan pada tahap 20 ke 30 peratus.Selepas hampir sebulan rawatan, mereka kini hampir pulih dari luka fizikal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HKL, Khamis.

Seorang lagi mangsa Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang dirawat di Unit Pediatrik dijangka dibenarkan pulang bulan ini.

"Bagi Shahir, kecederaan yang dialaminya lebih teruk kerana mengalami 'fracture'. Namun beliau sedang pulih dengan baik," katanya.

Dari segi mental dan emosi, Dr Zaininah berkata ketiga-tiga mereka telah diberikan rawatan psikologi untuk membantu mengatasi trauma yang dialami.

"Sebelum ini mereka mengalami 'nightmare' berikutan insiden tersebut. Dengan sokongan keluarga yang berterusan, kini mereka sudah boleh tersenyum dan berbual dengan orang lain," katanya.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu itu, seramai 23 pelajar dan guru pusat tahfiz itu terkorban. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pusat tahfiz , kebakaran

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan