Jangan Beban Murid Dengan Buku Kerja, Latihan

Diterbitkan: Khamis, 12 Oktober 2017 2:13 PM

Mahdzir Khalid
(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah memadai, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ini kerana selain buku teks, murid kini turut dibebani dengan penggunaan seperti buku kerja dan buku latihan yang terpaksa juga dibeli dari luar.

"Ada murid yang bawa 10 kilogram buku ke sekolah. Kita jangan bagi terlampau banyak beban kepada murid. Buku teks sudah ada, namun ia ditambah dengan buku kerja, buku latihan sehingga terlampau banyak,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil  Tinggi Persekolahan Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaa Sultan Sulaiman di sini.

Beliau diminta mengulas  mengenai kenyataan Timbalan Menteri  Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon bahawa terdapat sekolah yang mengingkari pekeliling mengenai penggunaan buku kerja di sekolah rendah yang sekali gus menyebabkan bebanan kepada murid.

Mahadzir berkata dalam usia antara tujuh  hingga 12 tahun, murid perlu diberi peluang untuk merasai keseronokan alam persekolahan dan tidak terlalu diberi penekanan akademik semata-mata.

“Tapi masalahnya sekarang ini, kita terlampau tekan nak bagi semua ilmu kepada murid-murid. Padat, boleh meletup (tekanan kepada murid-murid),” katanya.

Beliau berkata beliau telah meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan berat beban buku yang dibawa murid yang mendapati memang terdapat murid membawa beban buku yang berat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: buku kerja , buku latihan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan