Polis Tahan Zamihan Dipercayai Menghasut

Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017 9:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin susulan ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di sebuah masjid di Shah Alam, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Zamihan ditahan ketika memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 3.50 petang Rabu.

"Permohonan reman ke atas Zamihan (untuk membantu siasatan) akan dibuat esok (Khamis)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menghasut.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata Zamihan disiasat di bawah akta itu selepas pihaknya menerima laporan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Zamihan Mat Zin

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan