Keluarga Mangsa Kebakaran Tahfiz DQI Kecewa Dikecam Netizen

Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017 9:08 AM

Seorang daripada anggota keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar mangsa yang terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung 14 September lalu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Kami masih bersedih, bukan fikir fasal duit. Kami juga masih trauma anak meninggal dalam kebakaran," ujar salah seorang ibu mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Jelas wanita yang enggan berkongsi namanya dengan pembaca kepada mStar Online, keluarganya tersinggung dengan kecaman netizen yang menganggap pewaris tidak sabar untuk menerima wang sumbangan yang disalurkan kepada pusat tahfiz tersebut.

"Saya mewakili keluarga dan waris mangsa kebakaran ini meminta supaya jagalah sensitiviti kami yang masih sedih.

"Cukuplah mengeluarkan kata-kata yang tidak bagus kepada kami selaku keluarga mangsa tragedi. Kalau tak betul jangan war-warkan dengan tuduhan waris tak sabar (mahukan wang hasil derma orang ramai).

"Kami cuma tahu wang derma akan dibahagikan. Selebihnya, jumlah, bila, atau lain-lain kami tidak tahu. Lagi pun kami semua masih trauma," katanya yang kehilangan anak lelaki ketika kejadian yang mengorbankan 23 nyawa termasuk dua orang warden asrama pada 14 September lalu.


Jelasnya, dia agak tertekan dengan laporan yang tidak betul itu kerana bagi setiap waris, wang tersebut tidak dapat menggantikan anak mereka yang telah meninggal dunia..

"Apa yang boleh saya jelaskan,  Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood membuat kenyataan bahawa kami (pewaris) menuduhnya cuba menggelapkan wang sumbangan dan selepas itu pelbagai tohmahan timbul kepada kami.

"Kenyataan itu (menggelapkan wang) bukan daripada keluarga atau pewaris kerana saya tahu kami selalu berhubung antara satu sama lain ketika majlis tahlil.

"Kami hanya bertemu Ustaz (Mohd Zahid) sekali sahaja daripada dua perjumpaan yang dibuat. Pertama beliau hadir dan berjanji akan berjumpa pada pertemuan kedua 30 September, malangnya beliau tidak hadir. Hanya menghantar wakil yang tidak tahu menjawab segala persoalan kami.

"Dan ketika itu ustaz ada juga memperkenalkan barisan peguam dan juru audit bertauliah untuk menguruskan wang sumbangan. Sebaliknya dia tidak memberitahu jumlah sebenar kepada kami pada hari terakhir bulan lalu.

"Kami hanya tahu menerusi laporan media yang mengatakan jumlah melebihi satu juta dan akan dibahagikan. Itu sahaja," katanya yang agak terkilan dengan tuduhan yang timbul ini.

Malah wanita ini juga memberitahu, sebelum ini, pengetua pusat tahfiz berkenaan bersetuju untuk memanggil salah seorang pewaris sebagai wakil duduk bersama dengan barisan peguam dan juru audit, namun ianya belum berlaku.

"Kalau kami tidak sabar nakkan wang sumbangan itu pun, ia tidak boleh mengembalikan anak-anak kami. Cuma kami harapkan janganlah menambahkan lagi kesedihan ini," rayunya.

Tags / Kata Kunci: tragedi tahfiz

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan