Pelajar Tahfiz Terbabit Nahas Mampu Gerak Tangan, Kaki

Diterbitkan: Rabu, 11 Oktober 2017 8:10 AM

Muhammad Faiz Hafizzudin yang sudah mampu menggerakkan kedua-dua tangannya. Foto Sinar Online

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Salah seorang pelajar tahfiz yang terlibat dalam kemalangan van beramai-ramai pada 7 Ramadan lalu di Kuala Krai masih lagi terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia dan memerlukan pemantauan.

Muhammad Faiz Hafizzudin Mohd Izahar, 17, pelajar Tahfiz Al-Hashimi yang terlantar sejak empat bulan lalu bagaimanapun semakin menunjukkan perubahan positif dan kini sudah mula boleh mengangkat tangan dan menggerakkan kakinya.

Biarpun masih tidak dapat bercakap seperti sedia kala namun bapanya Mohd Izahar Kasim berkata, anak keduanya itu sentiasa menunjukkan perubahan dan menampakkan reaksi positif kepada sesiapa yang melawatnya.

“Jika sebelum ini, Faiz  koma dan hanya mampu mengalirkan air mata apabila namanya disebut tetapi Allah semakin memberikan kami kebahagiaan bila dia sudah boleh angkat tangan dan gerakkan kaki.

“Terima kasih Ya Allah, sedikit demi sedikit kau berikan kami harapan dan kami tidak putus-putus berdoa agar anak kami boleh pulih dan meneruskan hasrat mulianya mendalami al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Faiz Hafizzudin yang sudah menghafal 30 juzuk al-Quran itu antara tujuh yang terselamat dalam kemalangan membabitkan 14 warga tahfiz berkenaan di kilometer 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, di Telekung pada 2 Jun lalu.

Sebelum ini Muhammad Faiz Hafizzudin yang koma dirawat di Unit Rawatan Rapi hampir tiga bulan dan kini sudah dipindahkan ke Wad 1 Selatan.

Biarpun kejadian tersebut sudah lama berlalu namun bapanya meminta orang ramai untuk mendoakan pembedahan  bagi memasang tiub kencing sementara terhadap anaknya itu berjalan dengan lancar dan diberikan kesembuhan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu, memberikan sokongan dan mendoakan kesembuhan terhadap anak saya ini. Hanya Allah mampu membalasnya,” katanya. 

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan