Cik B Beri Reaksi Baju Bulu Ayam Mama Vida

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 10:40 AM

Vida (kiri) dan watak manga Jepun, Donquixote Doflamingo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengunjung pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur pada Rabu minggu lalu dikejutkan dengan kehadiran usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida. 

Mana tidaknya, Vida tiba dengan kereta mewahnya, Lamborghini berwarna merah jambu untuk majlis pelancaran muzik video lagu I Am Me di Red Box Plus.

Mahu tampil sedondon dengan warna merah jambu keretanya, Vida turut memakai baju tidur dengan jaket labuh, sandal dan tudung berinsipirasikan bulu ayam dengan warna sama.

Mungkin kelihatan pelik tetapi itulah kelainan yang cuba ditonjolkan Vida atau nama sebenarnya Hamiza Othman, 46, sehingga meraih perhatian ramai.

Kemunculan Vida sempena majlis pelancaran muzik video lagunya, I Am Me, minggu lalu. Foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

Tidak sekadar netizen yang memberikan pandangan masing-masing, pemakaian Vida pada majlis itu turut dijadikan bahan gurauan oleh anaknya sendiri yang lebih dikenali sebagai Cik B yang baru berusia 12 tahun.

Pada Isnin, Cik B memuat naik dua gambar dalam satu ‘posting’ di laman sosial Instagramnya @cikb_havoc66, memaparkan Vida semasa majlis pelancaran muzik videonya Rabu lalu, dan sekeping lagi gambar watak animasi, Donquixote Doflamingo.

Walau tanpa keterangan gambar, kedua-dua gambar tersebut sudah cukup membuatkan netizen geli hati dan faham apa yang cuba disampaikan Cik B, menerusi pakaian warna merah jambu bersama jaket bulu warna yang sama.

“Macam sama. Hahaha,” kata seorang netizen.

Donquixote Doflamingo.

“Doflamingo dalam cerita One Piece,” kata seorang lagi netizen yang merujuk kepada kartun manga dari Jepun.

“Comel sungguh Cik B menyakat mama.”

Gurauan itu bagaimanapun mendapat perhatian Vida sendiri yang kemudiannya memberikan ‘like’ (tanda suka) pada ‘posting’ berkenaan.

“Hahaha, Cik B oh Cik B. Mama tak kan marah kan, sebab mama dah ter ‘like’ hahaha,” kata netizen mengenai Vida yang dipanggil 'mama' oleh Cik B dan anak lelakinya yang lebih dikenali sebagai Kacak.

Sehingga kini, ‘posting’ tersebut mendapat lebih 2,000 ‘like’.

Tags / Kata Kunci: Vida , Donquixote Doflamingo

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan