Banglo Usang: Tindakan Segera Diambil

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 9:44 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tourism Selangor mengambil tindakan segera terhadap sebuah resort di Hulu Langat selepas banglo di lokasi pelancongan di bawah pengurusannya itu didakwa usang oleh pengunjung dan tular di media sosial.

Sumber Tourism Selangor memberitahu mStar Online bahawa tindakan berbentuk penambahbaikan itu meliputi tindakan jangka pendek dan panjang.

Katanya, badan itu telah memulakan tinjauan di resort berkenaan sejak Isnin dan tindakan kini giat dijalankan.

“Ia lebih kepada tindakan yang diambil, bukannya mahu melindungi apa-apa sebab tempat tu memang hendak dipulihara, nak diadakan balik,” katanya pada Selasa.

Menurut sumber, Tourism Selangor akan membuat kenyataan rasmi pada pagi Rabu berhubung tindakan selanjutnya yang akan dilaksanakan badan itu.

“Tindakan segera akan dilakukan untuk menambah baik tempat tu,” katanya.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut memberitahu bahawa pihak Tourism Selangor telah menghubungi pengadu bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Resort Atau Rumah Orang Mati Kena Bunuh?”

Pada Selasa, mStar Online melaporkan mengenai percutian sebuah keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila banglo yang disewa di resort tersebut tidak seindah seperti yang digambarkan.

“Kalau melihat gambar yang diberikan oleh ejen yang menguruskan tempahan memang cantik banglo tu. Tapi bila sampai depan banglo, aduhai dari luar dah nampak sedikit usang ya Tuhan. Rumah orang mati kena bunuh ke ni?,” luah seorang wanita di laman sosial pada Isnin dan posting itu kini tular di internet.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Emma, 44, mendakwa banglo yang disewa dengan kadar hampir RM400 pada Sabtu lalu bukan sekadar usang, tetapi keadaan di dalamnya dipenuhi habuk selain dinding dan siling diselaputi kulat dan kulapuk.

Selain keadaan di dalam banglo yang tidak bersih dan perabot yang uzur, dia turut mendakwa tiada keperluan asas seperti cerek disediakan oleh pihak pengurusan.

Menurut Emma, tujuan dia berkongsi pengalaman itu bukan berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak atau memalukan pihak pengurusan, tetapi tidak mahu kejadian berulang menimpa pengunjung lain.

Tags / Kata Kunci: banglo usang , Tourism Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan