Homoseksual, Biseksual Penyumbang Utama HIV - Pakar

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 3:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan homoseksual dan biseksual kini menjadi kumpulan penyumbang utama dalam penyebaran virus HIV dan AIDS terutamanya di sekitar ibu negara, kata pakar perubatan kesihatan awam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (HIV/STI) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Rohaya Ramli berkata walaupun trend jangkitan HIV mencatatkan penurunan, namun terdapat perubahan terhadap pola jangkitan virus itu.

“Kalau dahulu sebanyak 80 peratus jangkitan HIV berpunca daripada penggunaan dadah, tetapi sekarang trend menunjukkan sebanyak 96 peratus jangkitan adalah melalui kaedah aktiviti seksual berdasarkan statistik sehingga Jun tahun ini.

"Sebanyak 65 peratus jangkitan adalah berpunca daripada golongan homoseksual dan biseksual, manakala 31 peratus adalah jangkitan dari hubungan seksual lelaki kepada wanita dan sebaliknya,” katanya pada program Nine11 di Bernama News Channel.

 Beliau berkata secara keseluruhan, jumlah jangkitan HIV yang direkodkan di seluruh negara sejak 1986 sehingga Disember lepas ialah sebanyak 110,000 kes.

Jumlah jangkitan penyakit AIDS pula sebanyak 23,000 kes dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 18,000 kes.  "Bagi kes kumulatif di Kuala Lumpur untuk tempoh  yang sama, sebanyak 9,700 kes HIV dilaporkan, selain 3,600 kes AIDS dengan 2,300 jumlah kematian direkodkan,” katanya.

Dr Rohaya berkata bagi mencapai sasaran kempen sifar jangkitan HIV di Kuala Lumpur menjelang 2020, Kementerian Kesihatan menjalankan program pencegahan dan kawalan yang memberi fokus kepada belia.

“Kita turut memberi tumpuan kepada golongan berisiko terdiri daripada pengguna dadah, pekerja seks wanita, golongan homoseksual dan ‘maknyah'.

"Antara langkah yang diambil adalah kita tekankan tentang bahaya HIV kepada golongan remaja supaya mereka dapat mengelak dan menghindari diri dari terlibat dengan hubungan seks sebelum berkahwin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rohaya menyeru golongan yang berisiko dijangkiti virus HIV supaya segera menjalani ujian saringan dan sekiranya disahkan positif HIV, mereka perlu mendapatkan rawatan untuk menghentikan virus itu daripada merebak.

Tags / Kata Kunci: HIV , Gay , Lesbian

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan